(VIDEO) Pengendali bagasi (airport) kantoi geledah dan curi barang penumpang

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

PHUKET, THAILAND - Seorang pengendali bagasi di sebuah lapangan terbang di negara itu, Abdullah Hayee Mayeh, 27, ditahan selepas tindakannya mencuri sebuah speaker bluetooh dalam bagasi penumpang dirakam. 

Video yang dirakam itu menunjukkan Abdullah cuba membuka bagasi penumpang penerbangan Jetstar Airways pada Selasa  lalu di Bay 15, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, ketika kerja-kerja memasuki bagasi ke dalam ruangan kargo. 


Selepas polis menunjukkan video itu kepada Abdullah, akhirnya dia mengaku dan memulangkan speaker berkenaan kepada pihak jabatan perkhidmatan awam lapangan terbang berkenaan agar dapat dipulangkan kepada pemiliknya. 
Abdullah telah didakwa atas kesalahan mencuri dan dibawa ke Balai Polis Saku untuk tindakan selanjutnya. 


Sementara itu di laman Facebook group Backpackers Buddies Malaysia, netizen menyarankan orang ramai berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

"Mahu atau tidak, bagasi besar atau kecil, bungkuskan saja dengan plastik strap tu. Biar rugi RM10+ asalkan barang kita selamat. Paling tidak pun, kunci penutup zip dengan selak manga kecil.

"Selain itu juga, penggunaan strap ini boleh mengelak individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu memasuki barang-barang yang berbahaya seperti dadah ke dalam bagasi. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi keldai dadah," kata netien.




Sumber : The Reporter
Powered by Blogger.