Ouch! Kunci 'makan' tuan

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Viral di media sosial gambar seorang lelaki yang tapak kakinya tertusuk kunci motosikal jenama Yamaha, menimbulkan persoalan netizen bagaimana kejadian itu boleh berlaku. 

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku, namun berdasarkan gambar viral itu, tapak kaki sebelah kiri mangsa yang berusia lingkungan 20-an itu ditusuk dengan kunci motosikal sehingga tembus ke bahagian atas. 

"Uih! Macam mana boleh jadi begini? Ini lebih teruk dan lebih sakit dari kaki terpijak mainan Lego anak-anak," kata Kamal. 

"Seram dan ngeri. Mesti rasa nyut-nyut ni. Bagaimanapun kalau terkena pada anak-anak kecil? Tak dapat nak bayangkan," kata Nurzalin. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak meletak kunci sebarangan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, terutamanya pada anak-anak kecil. 




Sumber : The Reporter
Powered by Blogger.